LIGA SUPER MSIA
Ada betul kata TMJ -- Nizaruddin Yusof
Bekas penjaring terbanyak Liga Super Malaysia, Nizaruddin Yusof, menyambut baik saranan pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenaan idea penubuhan organisasi badan bebas pengadil seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.
Bekas pemain Harimau Malaya itu juga menyifatkan saranan Pemangku Sultan Johor itu sebagai langkah yang baik untuk menambah baik prestasi pengadil tempatan.
Dalam masa sama, Nizaruddin meluahkan pendapat bahawa ada baiknya saingan tempatan membayar khidmat pengadil daripada luar negara bagi meningkatkan kualiti aksi pasukan.
"Saya rasa ada kelebihan dan keburukan.
"Jika dalam konteks liga, individu yang sama juga mengadili permainan, cuma untuk meningkatkan taraf dan prestasi, saya bersetuju dengan titah baginda.
"Tidak salah juga jika mngambil pengadil luar," katanya.