Kapten Korea Selatan, Son Heung-min, menyatakan rasa terkejut dan kagum dengan corak permainan yang ditampilkan oleh pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukanya itu seri satu sama dalam aksi perlawanan Selasa lalu.

Jelasnya, beliau tidak mampu menggambarkan negara yang sedang bergolak dengan bedilan peluru rejim Israel itu masih mampu menampilkan kualiti permainan sedemikian rupa.

Malah katanya lagi, hingga banyak kali sebenarnya pasukan Palestin benar-benar mengancam kubu Korea Selatan dengan begitu hebat hingga menyukarkan pergerakan dan perancangan keseluruhan pasukan mereka.

"Saya benar-benar ingin memberikan tepukan gemuruh buat pasukan Palestin, mereka bekerja begitu keras meskipun dalam keadaan serba kesulitan dan kekurangan. Saya rasa ada banyak perkara yang kita perlu belajar dari mereka." Jelasnya kepada media sejurus perlawanan tersebut.

Kedudukan seri itu bagaimanapun masih meletakkan Korea Selatan di tangga teratas Kumpulan B dengan mengatasi pencabar terdekatnya Iraq dengan kelebihan 3 mata.

Manakala Palestin pula menghuni tangga tercorot kumpulan tersebut di kedudukan keenam dengan mengumpul 3 mata selepas hanya mampu mencatat keputusan seri dalam tiga perlawanan mereka.