Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melakar satu demi satu sejarah menerusi keputusan mara ke pusingan 16, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas menewaskan Pohang Steelers 5-2 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Namun, di sebalik kemenangan itu terdapatnya ucapan daripada pemilik kelab Harimau Selatan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menjadi pemangkin semangat pemain sebelum aksi itu bermula ketika dalam bilik persalinan.

Perkongsian itu dikongsikan di Story Instagram milik Tunku Ismail yang mencuri tumpuan ramai.

"Tiada waktu untuk pandang kebelakang, kita berikan apa yang kita ada. Perlawanan ini adalah milik kita, kita perlu mencipta sejarah!" katanya.







Tidak terhenti di situ, laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya dengan Gwangju bakal menjadi cabaran JDT dalam peringkat kalah mati nanti.

Advertisement

Must Watch Video