ACLE
ACLE: TMJ sasar JDT ke suku akhir, berdasarkan...
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendedahkan sasaran awal pasukannya adalah melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Johor menamatkan cabaran saingan ACLE di pusingan 16 selepas tewas 0-1 di tangan Buriram, jaringan Suphanat Muenta menjadi pemisah sekaligus menutup perjalanan JDT.
Menerusi sesi sola jawab TMJ bersama para penyokong, suku akhir merupakan sasaran pasukan dalam saingan ACLE, berdasarkan kemampuan telah mereka sediakan bagi musim ini.
"'Target' saya dalam ACLE adalah untuk masuk ke suku akhir ('realistic target'). Ia dibuat berdasarkan kemampuan, kuasa kewangan dan juga fakta. Jikalau dapat lebih dari itu, ia adalah bonus.
"Saya tidak sangka kelab berada di tempat ketiga peringkat kumpulan. Pasukan-pasukan yang berada di 16 terbaik adalah Gergasi Asia yang ada bajet lebih dari JDT."