Puluhan ribu penyokong bola sepak tanah air akan membanjiri Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi menjadi pemain ke-12 di belakang juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), menghadapi perlawanan timbal balik kedua Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Selasa ini.
Menurut laman rasmi pasukan itu, difahamkan tiket telah habis terjual bagi memenuhi segenap sudut venue untuk menyatakan sokongan penuh kepada Harimau Selatan melakar melayakkan diri ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah.
Terdahulu, aksi pertama berkesudahan seri 0-0 di Chang Arena meskipun pasukan tuan rumah, Buriram United, mengawal keseluruhan permainan.
Penonton juga tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa di perkarangan stadium apabila sebanyak 80 periuk bubur lambuk akan diberikan secara percuma sempena pertemuan hangat itu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Md Shah berkata, ia adalah sebagai inisiatif berbuka puasa bersama penyokong JDT seperti dititahkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"TMJ telah menitahkan supaya makan disediakan untuk diberikan kepada peminat yang hadir.
"Selain bubur lambuk, makanan berbuka puasa lain termasuk kurma, mi kawah, kuih muih turut akan disediakan selain sumbangan makanan daripada syarikat korporat pada malam perlawanan itu nanti.
"Kira-kira 5,000 sukarelawan Darul Ta'zim juga akan terbabit dalam menjayakan program bubur lambuk dan agihan makanan berbuka puasa di Stadium Sultan Ibrahim, minggu depan," katanya menurut media tempatan.
Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 802 bermula dengan prarancangan pada jam 7.30 malam.
Tarikh: 11 Mac 2025, Selasa
Masa: 7.30 malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim (SSI)
Saluran: Astro Arena CH802
Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.

We've got another full house next week! ?❤️
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) March 8, 2025
Tickets for the AFC Champions League Elite Round of 16 second leg against Buriram United have sold out!
An Elite football night at a packed Sultan Ibrahim Stadium. ?
Hidup Johor Demi Johor#WhatCanYouDo#TheTMJeffect… pic.twitter.com/aZINOAGaN4
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Md Shah berkata, ia adalah sebagai inisiatif berbuka puasa bersama penyokong JDT seperti dititahkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
"TMJ telah menitahkan supaya makan disediakan untuk diberikan kepada peminat yang hadir.
"Selain bubur lambuk, makanan berbuka puasa lain termasuk kurma, mi kawah, kuih muih turut akan disediakan selain sumbangan makanan daripada syarikat korporat pada malam perlawanan itu nanti.
"Kira-kira 5,000 sukarelawan Darul Ta'zim juga akan terbabit dalam menjayakan program bubur lambuk dan agihan makanan berbuka puasa di Stadium Sultan Ibrahim, minggu depan," katanya menurut media tempatan.
SIARAN LANGSUNG & LIVE STREAMING BURIRAM UNITED VS JDT