Seawal minit ke-10, Harimau Selatan diuji dengan situasi mencabar apabila Murilo Santos dilayangkan kad merah selepas mengasari pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools.
Drama berterusan pada minit ke-46 di mana giliran ketua pasukan, Theerathon Bunmathon, pula dihantar keluar selepas melakukan tindakan kurang bijak kepada Arif Aiman Hanapi.
Skuad kendalian Hector Bidoglio acap kali melakukan serangan ke atas pasukan pelawat tetapi gagal disempurnakan dengan baik.
?? | ?? Johor Darul Ta'zim 0️⃣-0️⃣ Buriram United ??
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) December 3, 2024
Close calls, red cards, and high tension, but neither side could edge it—this one ends all square with a point each!#ACLElite | #JDTvBUR pic.twitter.com/eBaeWlNNRj
Pelbagai peluang yang terhidang terutamanya percubaan daripada Bergson Da Silva berjaya ditepis oleh penjaga gol Thailand, Neil Etheridge.
Memasuki minit ke-93, Park Jun-heong turut terlepas aksi seterusnya apabila terbaru dilayangkan kad merah susulan terjahan kerasnya ke atas pemain lawan.
Kredit harus diberikan kepada bekas penjaga gol Birmingham City itu kerana kecemerlangannya menafikan kemenangan JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati mengutip satu mata.