ACLE
ACLE: Tidak perlu diragukan, Padang SSI dalam kondisi terbaik menjelang aksi JDT lawan Buriram
Kualiti padang di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi menjelang pertemuan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Buriram United dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACLE) malam ini.
Jika aksi pertama di Arena Chang dipalit dengan keadaan padang licin yang menjejaskan permainan kedua-dua pasukan, pertemuan kali ini kelihatan tidak akan mengalami nasib sama.
JDT menerusi laman sosial rasminya, Johor Southern Tigers, malam tadi berkongsi keadaan terkini padang di stadium mereka itu, yang kelihatan amat baik untuk pertemuan penting berkenaan.
Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 802 bermula dengan prarancangan pada jam 7.30 malam ini.