Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Terima kasih penyokong JDT -- Ketua jurulatih Buriram United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

osmarloss.jpg
Ketua jurulatih Buriram United, Osmar Loss Vieira, berterima kasih kepada penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) atas sokongan padu yang diberikan sepanjang perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.

Magis pemain kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta, memberi jaringan tunggal untuk memastikan Thunder Castle berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.

Statistik permainan menyaksikan pasukan pelawat banyak mencorak serangan berbahaya, namun sering kali dipatahkan oleh pertahanan Harimau Selatan.

Skrip yang sama turut berlaku apabila bekas penjaga gol Birmingham City, Neil Etheridge, mempamerkan persembahan terpuji untuk menafikan setiap asakan bertali arus JDT sepanjang aksi.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada peminat JDT atas suasana yang menakjubkan. 

"Ia adalah aksi yang terbaik dalam ACLE.

"Saya sangat berbangga dengan semua pemain. 

"Sangat sukar untuk menewaskan Johor di tempat mereka sendiri.

"Saya sudah beritahu sebelum ini bahawa kami boleh melakukannya dan betul kami telah memenangi permainan ini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video