ACLE: Tembok besar tuan rumah sukar ditembus, JDT tersungkur di bumi China
Ammar Hakim
November 26, 2024 21:56 MYT
November 26, 2024 21:56 MYT
Johor Darul Ta'zim (JDT) pulang dengan tangan kosong dalam aksi kelima Liga Juara-Juara Asia Elit susulan tewas di tangan Shandong Taishan, sebentar tadi.
JDT mempamerkan permulaan yang cemerlang sejak wisel pembukaan permainan ditiupkan.
Penguasaan 65 peratus permainan yang dilakar menandakan corak permainan yang cukup berkualiti, menerusi gerakan hantaran pendek manakala aksi lincah Arif Aiman Md Hanapi mewarnai 45 minit pertama.
Skrip berbeza ditampilkan tuan rumah dalam separuh masa kedua, sejurus perlawanan bersambung, Shandong memperoleh peluang terhidang namun gagal disempurnakan.
Usaha mereka untuk mematahkan perangkap ofsaid JDT akhirnya berhasil apabila Zeca melakukan larian mengatasi benteng akhir sebelum melepaskan rembatan leret untuk membuka jaringan pada minit ke-68.
JDT berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan, namun tembok besar Shangdong mematahkan harapan mereka selepas tamatnya perlawanan.
Kekalahan itu menyaksikan JDT kini menamatkan lima perlawanan dengan tujuh mata dan kini menghuni tangga kelima.
?? | ?? Shandong Taishan 1️⃣-0️⃣ Johor Darul Ta'zim ?? All it took was Zeca’s magic! Shandong Taishan secure a crucial win on home soil! ?️?#ACLElite | #SHTvJDT pic.twitter.com/Qivs9Vda2r
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) November 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.