Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: SSI jadi mimpi ngeri Pohang Steelers

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-vs-ulsan.jpg
Lebih 35,000 penyokong dijangka membanjiri Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi memberikan sokongan padu kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) ketika menyambut wakil Korea Selatan, Pohang Steelers, dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Selasa depan. 

Harimau Selatan kini di laluan tepat untuk mencipta sejarah ke pusingan 16 dalam edisi pengenalan ACLE dan antara resepi kejayaannya adalah menerusi sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat.

Walaupun saingan ACLE diadakan di pertengahan minggu, kerancakan bola sepak berkelas tertinggi di benua ini masih mampu menggamit penyokong-penyokong.




Buktinya, JDT mencatat kehadiran penyokong yang memberangsangkan apabila perlawanan bertemu Ulsan HD merupakan jumlah tertinggi di peringkat liga zon Timur, malah dua lagi perlawanan -- bertemu Buriram United dan Shanghai Shenghua -- berada di tangga kedua dan ketiga menerusi kehadiran 31,687 dan 31,386 penyokong. 

Menurut pageharimauselatan.com, "Sejarah ini dijangka bakal disaksikan lebih 35,000 penyokong yang pastinya akan memberikan mimpi ngeri buat Pohang Steelers seperti mana nasib yang melanda Shanghai Shenhua, Ulsan HD dan Buriram United."



 

Advertisement

Must Watch Video