Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Siaran langsung (live streaming) JDT vs Shanghai Shenhua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

acle.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi dalam misi mengutip tiga mata penuh yang kedua dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), musim ini. 

Harimau Selatan yang kini sudah mengharungi tiga perlawanan sedang menduduki tempat ketujuh Kumpulan A, sambil mencatatkan satu kemenangan berdepan Chengdu Rongcheng, bulan lalu. 

Skuad kendalian Xisco Munoz akan menentang satu lagi wakil China, Shanghai Shenhua, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) bagi merebut kemenangan kedua, sekali gus boleh memperbaharui carta untuk berada di tempat kelima terbaik. 

Untuk rekod, juara 11 kali Liga Super itu memperoleh keputusan positif 3-0 dalam pertemuan terdahulu.

ACLE: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) JOHOR DARUL TA'ZIM VS SHANGHAI SHENHUA

Tarikh: 5 November 2025
Saluran: Astro Arena Bola (803)
Lokasi: Stadium Sultan Ibrahim (SSI)
Masa: Bermula 8.15 malam
 
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video