Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Shandong Taishan tempang sebelum bertemu JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shanghai.jpg
Shandong Taishan berputih mata sebelum bertemu juara 10 kali berturut-turut Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT), selepas tunduk kepada Shanghai Port dalam perlawanan akhir Piala FA China, semalam.

Skuad Harimau Selatan perlu memanfaatkan peluang tersebut untuk menewaskan Shandong Taishan di Stadium Olimpik Jinan bagi mengekalkan penguasaan dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

 

Skuad kendalian Hector Bidoglio juga mempunyai kelebihan tujuh mata berbanding pasukan lawan apabila menduduki tempat keempat berbanding Shandong Taishan di kedudukan kesembilan.

JDT akan bertemu wakil dari China itu pada Selasa depan (26 November 2024) pukul 8.00 malam. Saksikan secara langsung di Astro Arena!

Advertisement

Must Watch Video