Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Semua orang harus berbangga dengan JDT -- Matthew Davies

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mattdavies.jpg
Pertahanan Harimau Malaya, Matthew Davies, tidak berselindung mengenai keterujaannya melihat Johor Darul Ta'zim (JDT) mencipta sejarah untuk berada di kelompok lapan pasukan terbaik Asia.

Untuk rekod, Matthew Davies, merupakan bintang Harimau Selatan yang masih berada dalam skuad sejak 2020 sehingga kini sambil menyaksikan perubahan revolusi yang ditunjangi oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Peluang keemasan itu sudah pastinya tidak akan dipersiakan dengan pelbagai lapisan pemain dengan satu tujuan, membawa JDT ke tahap yang lebih tinggi.

Bekas pemain Sri Pahang itu merasakan bakal ada sesuatu yang istimewa bakal terjadi malam ini, lebih-lebih lagi bermain di hadapan 35,000 peminat di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

 

"Kami sangat menantikan perlawanan ini. Bilik persalinan pemain kelihatan positif.

"Ia adalah aksi yang sangat penting tatkala kami mahu mencipta sejarah bersama.

"Semua orang harus berbangga dengan JDT," katanya di Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video