Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mahu terus membentuk pasukan yang lebih ampuh supaya nama Johor akan terus diangkat di pentas terbaik bola sepak Asia.
Magis pemain kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta, memberi jaringan tunggal untuk memastikan Thunder Castle berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Selepas tamat perlawanan, Tunku Ismail berkongsi keazamannya untuk terus memperbaiki kemampuan pasukan JDT sementara mahu memahat nama Johor ke pentas tertinggi Asia.
"Apa-apapun saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya keputusan malam tadi. Saya bertekad untuk meletakkan Johor di peta bola sepak dan bersaing dengan pasukan terbaik di Asia serta komited untuk terus membuat pelaburan bagi memperkukuh JDT di dalam dan luar padang," katanya.

Ia sentiasa menjadi satu penghormatan dan keistimewaan bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk beraksi dalam kejohanan elit Asia. Saya berbangga dengan kelab ini yang berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) March 11, 2025
Namun, kami tidak bernasib baik untuk… pic.twitter.com/BjdOvz5p7D