'Dia sangat berkemahiran tinggi'
Itu pengakuan jurulatih Shanghai Shenhua, Leonid Slutsky, merujuk kepada aksi luar biasa yang dipamerkan Arif Aiman yang menjadi duri dalam daging kepada kekalahan pasukannya di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Arif yang juga Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia empat musim berturut-turut itu melakukan dua bantuan gol menerusi gerakan yang memukau sebelum hantarannya disempurnakan Jonathan Silva.
Ia memaksa Shanghai berputih mata untuk melunaskan dendam kekalahan tahun lalu, namun Slutsky tetap melabelkan pasukannya beraksi lebih baik kali ini.
"Pemain nombor 42 merupakan yang paling berkemahiran tinggi dalam kawalan bola di pentas ACLE, dia buat kelainan tahun lalu dan juga tahun ini. Dalam situasi satu lawan satu, dia gunakan kesempatan itu.
"Semestinya ia sangat menyakitkan, tetapi kami tidak boleh hanya bercakap mengenai kesilapan sahaja.
"Kali ini aksi sangat berbeza, ia perlawanan mudah buat JDT. Seperti saya maklumkan, JDT pasukan terbaik dalam peringkat kumpulan.
"Saya saya ini mungkin aksi paling sukar dalam kempen ini dengan beraksi di Malaysia." katannya.