Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Riyad Mahrez, Roberto Firmino pastikan Al-Ahli singkir Buriram, Dion Cools

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

al-ahli-buriram.jpg
Wakil tunggal Asia Tenggara, Buriram United, tersingkir di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila tewas 0-3 kepada pasukan gergasi Arab Saudi, Al-Ahli, di King Abdullah Sports City awal pagi tadi.

Buriram, yang diwakili pemain negara, Dion Cools, jelas tidak dapat menguasai permainan dan bekas bintang Manchester City, Riyad Mahrez, berhasil menemui jaringan pembukaan seawal minit keempat.
 
Dua minit berselang, giliran Galeno memberikan kelebihan selesa buat Al-Ahli menerusi jaringannya selepas menerima lorongan licik Roger Ibanez.

Ketika Buriam baru hendak bernafas dalam perlawanan itu, mereka sekali lagi dihukum selepas setengah jam permainan apabila ketua pasukan Al-Ahli, Roberto Firmino, yang merupakan bekas tonggak Liverpool, menemui penyudah gemilang susulan satu gerakan sepakan penjuru yang dimulakan Mahrez.

Al-Ahli seterusnya akan bertemu seteru senegara, Al-Hilal -- yang membelasah Gwangju 7-0 dalam satu lagi perlawanan -- bagi penentuan ke final pada Rabu ini.

Advertisement

Must Watch Video