ACLE

ACLE: Pemain nombor sembilan JDT -- Jurulatih Pohang Steelers

Stadium Astro
Saufi Tahir
17/02/2025
04:06 MYT
Sponsor Banner
ACLE: Pemain nombor sembilan JDT -- Jurulatih Pohang Steelers
Jurulatih Pohang Steelers, Park Tae-ha, optimis pasukannya telah membuat persediaan rapi untuk membawa pulang tiga mata menjelang aksi terakhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT), esok.
Jurulatih berusia 56 tahun itu tidak mahu memandang rekod dua kemenangan berdepan Harimau Selatan yang dilakarnya pada 2021, sebaliknya fokus pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) untuk meraih kemenangan.
"Kami percaya akan beraksi dengan baik esok, dengan pemain juga telah melakukan persedian dengan baik. Kami akan mempamerkan apa yang telah kami berlatih sebelum ini di atas padang untuk lakar kemenangan.
"Apa yang telah lepas sudah berlaku, saya tidak mahu berfikir tentang itu lagi. Kami tahu JDT pasukan yang bagus, bukan perlawanan yang mudah tetapi kami telah berlatih dan kami rasa kami mampu melakar keputusan yang positif esok," katanya.
Ketika ditanya mengenai pemain Harimau Selatan yang perlu diawasi pasukannya, Tae-ha menjawab: "Pemain nombor Sembilan (Bergson da Silva). Pemain kami sentiasa mahu menang. Pemain kami dalam keadaan baik. Kami ada pengalaman berdepan JDT sebelum ini." tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video