ACLE: Nasib baik tak kalah -- TMJ
Najmi Iman
Disember 3, 2024 23:40 MYT
Disember 3, 2024 23:40 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), meluahkan kekecewaannya selepas perlawanan di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) bertemu Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Menerusi perkongsiannya di Instagram, TMJ menekankan bahawa skuad Harimau Selatan tidak bernasib baik susulan diikat gergasi Liga Thailand, Buriram United, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Pemilik JDT itu juga sedang mengenal pasti punca kepada keciciran mata berharga tersebut selain mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk diperbaiki pada masa akan datang.
"Nasib baik tidak kalah.
"Terima kasih tak terhingga atas sokongan semua," katanya.
Best of 2024
Saksikan rangkuman momen terbaik sepanjang 2024 dalam arena sukan dunia dan antarabangsa yang kami sediakan khas untuk anda!
Anda ada momen sukan terbaik pilihan anda? Layari stadiumastro.com/bestof2024 dan kongsikan bersama kami untuk peluang disiarkan di Astro Arena!
#bola sepak
#johor darul ta'zim
#JDT
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#ACLE
#Liga Juara-Juara Asia Elit