ACLE

ACLE: Matt Davies laung amaran awal buat Buriram United

Stadium Astro
Ammar Hakim
03/03/2025
10:15 MYT
Sponsor Banner
ACLE: Matt Davies laung amaran awal buat Buriram United
Kapten pasukan, Matt Davies, melaungkan amaran awal buat Buriram United menjelang pertembungan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) esok.
JDT menamatkan saingan di tempat ketiga untuk melangkah ke perlawanan peringkat kalah mati bertemu Buriram United esok.
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu sudah pasti akan berusaha untuk mencari kemenangan apabila kesudahan dalam perlawanan antara kedua-dua kelab di peringkat kumpulan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Bercakap dalam sidang media praperlawanan, Davies berkata, "Sukar untuk bermain di sini. Sentiasa satu cabaran yang besar untuk bermain di tempat lawan bertemu Buriram. Ini perlawanan penting bagi kedua-dua pasukan. Bermain di peringkat kalah mati ini adalah satu perlawanan yang sengit dan seronok untuk ditonton. Saya teruja untuk menantikan perlawanan esok.
"Pasukan telah membuat persiapan yang cukup rapi. Setiap pemain memperoleh latihan dan persiapan yang cukup baik. Semua sangat teruja untuk menghadapi perlawanan ini.
"Kami memiliki barisan penyokong terbaik di Malaysia dan kami berharap sokongan mereka akan menjadi semangat buat pasukan memburu kemenangan. Terima kasih sekali lagi." Ketua jurulatih, Hector pula berkata, "Perlawanan yang penting bagi JDT. Kami perlu terus mempamerkan prestasi kami. Kami menjangkakan perlawanan yang sukar namun kami akan memberikan tumpuan kepada corak permainan kami.
"Perkara paling adalah perkembangan pasukan kami. Kami mahu sentiasa berkembang dan terus melakukannya. Bola sepak ada mudah dan sukarnya. Namun setiap pemain mempercaya ini adalah peluang kami dan kami akan berusaha untuk mencapainya.
"Hari ini kami akan menjalani satu lagi sesi latihan sebelum membuat keputusan siapa yang bakal bermain.
"Kepada penyokong JDT, beraksi di laman sendiri atau di tempat lawan mereka sentiasa bersama kami. Saya berharap dapat bertemu anda esok dan memberikan kemenangan kepada mereka."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video