Dalam sidang media pra-perlawanan semalam, Kim Pan-gon mahu anak buahnya melakukan yang terbaik bagi menghadapi cabaran JDT di SSI.
Hal ini kerana Ulsan HD tidak mempunyai rekod yang baik dalam 3 aksi terakhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila tewas kepada 3 kelab Jepun iaitu Kawasaki Frontale 0-1, Yokohama FM 0-4, dan Vissel Kobe 0-2.
"Saya sangat teruja untuk berdepan JDT yang merupakan pasukan terbaik Asia Tenggara" ujar Pan-gon.
"Saya tahu pencapaian JDT dalam tiga aksi terakhir, sangat kuat. Kami akan lakukan yang terbaik untuk bersaing dan mendapat tiga mata esok." tambahnya.
Aksi menarik JDT menentang Ulsan HD akan berlangsung pada Selasa, 5 November jam 8 malam ini di Stadium Sultan Ibrahim, menerusi saluran Astro Arena Bola CH803 dan strim secara langsung melalui aplikasi Astro GO & sooka.
It's matchday!
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 5, 2024
⚽ JDT vs ULSAN HD
? AFC Champions League Elite 2024/25
? Sultan Ibrahim Stadium, Iskandar Puteri
? 20:00
Get your tickets for JDT vs ULSAN HD now. Visit https://t.co/Ifvwyp4kes and join us!#JDTvUHD#ACLElite#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor… pic.twitter.com/zqW3WSKNhd