ACLE

ACLE: Kehadiran penyokong Selangor bersama puluhan ribu peminat JDT curi tumpuan

Stadium Astro
Saufi Tahir
05/11/2024
14:09 MYT
Sponsor Banner
ACLE: Kehadiran penyokong Selangor bersama puluhan ribu peminat JDT curi tumpuan
Johor Darul Ta'zim (JDT) menumbangkan Ulsan HD 3-0 dalam dalam aksi keempat kempen Liga Juara-Juara Elit (ACLE), di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Dalam pada itu, kelibat individu yang memakai baju Selangor dalam puluhan ribu penyokong Harimau Selatan dalam meraikan jaringan ketiga JDT menerusi Bergson da Silva mencuri tumpuan.
Kemenangan itu memastikan JDT mendaki ke tempat ketiga Kumpulan A dengan sembilan mata selepas empat perlawanan dengan jaringan JDT hadir menerusi Arif Aiman Hanapi, Oscar Arribas dan Bergson.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video