Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Kami bermain demi maruah, kelab dan nama Thailand -- ketua jurulatih Buriram United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

osmar-loss-3.jpg
Ketua jurulatih Buriram United, Osmar Loss Vieira, menjelaskan pasukannya hadir ke Stadium Sultan Ibrahim bukan demi mengejar kejuaraan sebaliknya demi misi yang lebih besar. 

Pelawat berjaya merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Magis pemain kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta, memberi jaringan tunggal untuk memastikan Thunder Castle berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)



Ditanya mengenai cabaran menanti mereka bagi saingan suku akhir, Osmar menjelaskan pasukannya hadir ke aksi pusingan 16 ini dengan matlamat yang lebih besar.

"Sebelum perlawanan kami telah banyak kali memberitahu pasukan, kami bermain demi maruah, demi kelab, membawa nama negara Thailand dalam kejohanan ini. 

"Bukan demi kejuaraan. 

"Sekarang kami akan menantikan saingan pusingan 16 berakhir dan selepas ini kami mungkin boleh mula bermimpi."

Advertisement

Must Watch Video