Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Jurulatih Shanghai Shenhua dedah punca tewas kepada JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

leonid-slutsky.jpg
Ketua jurulatih Shanghai Shenhua, Leonid Slutsky mendedahkan punca pasukannya dibelasah JDT 0-3 dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit, malam tadi.

Dalam temuramah selepas perlawanan itu, beliau memberitahu pasukannya terpaksa mengharungi jadual padat sebelum aksi menentang JDT sekaligus mengganggu rentak permainan mereka.

Untuk rekod, Shanghai Shenhua beraksi menentang Shanghai Port pada 25 September dan Qingdao Hainiu pada 28 September sebelum aksi bertemu JDT pada 1 Oktober.

Beliau turut mengakui pasukan JDT beraksi dengan lebih baik sekagus memberikan masalah buat Shanghai Shenhua untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.

 

Advertisement

Must Watch Video