ACLE: Jurulatih Buriram United tidak mahu ulas keputusan pengadil

Najmi Iman
Disember 3, 2024 23:10 MYT
Jurulatih Buriram United, Osmar Loss, tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya berjaya menafikan kemenangan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Keputusan tersebut jelas tidak memihak kepada pasukan tuan rumah, namun Osmar Loss mengaggap ia adalah perkara positif kerana mereka tidak keciciran mata di tempat lawan.
"Kami harus menyambut keputusan tersebut meskipun seri tanpa jaringan kerana tidak keciciran mata dalam perlawanan peringkat tertinggi ini.
"Setiap mata yang dikumpul sentiasa baik. Sudah tentu kami mahu mendapatkan tiga mata penuh kerana ia sangat penting untuk mara ke peringkat seterusnya.
"Sudah tentu mereka mahu membuktikan siapakah Raja Asia Tenggara yang sebenar.
"Saya tidak menyukai aksi yang terlalu emosi untuk kedua-dua pasukan.
Ketika sidang media selepas perlawanan, Osmar Loss tidak mahu memberikan kenyataan berhubung keputusan pengadil sepanjang aksi berlangsung.
"Saya tidak akan mengulas mengenai keputusan pengadil. Kita tidak boleh menilai insiden yang memerlukan kepakaran pengadil untuk membuat keputusan yang penting.
"Sebagai jurulatih, tumpuan perlu diberikan kepada perkara yang kami boleh kawal. Strategi dan struktur pemain," katanya.
#Buriram United #ACLE #Liga Juara-Juara Asia Elit #Osman Loss
;