ACLE
ACLE: Jordi Amat idam penampilan sulung menentang Shanghai Shenhua
Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Jordi Amat, mengidamkan penampilan sulung di pentas liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas terlepas peluang beraksi dalam perlawanan pertama bertemu Shanghai Port di tempat lawan bulan lalu.
Dia sekadar memanaskan bangku simpanan dalam pertemuan yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Shanghai, dengan Jordi mengakui DIA berada dalam keadaan lebih baik selepas berehat lama akibat kecederaan di pergelangan kaki.
The Stage is Set!See you tonight, JDT Family. It's AFC Champions League Elite time!#JDTvSHS#ACLElite#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/obMhlhOVQf— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 1, 2024
Iklan
Kepulangan pemain berusia 32 tahun itu dalam kesebelasan utama semestinya akan memperkuatkan jentera pertahanan skuad Harimau Selatan sekali gus membantu melakar kemenangan sulung nanti.
"Saya semakin baik setiap hari selepas mengalami kecederaan serius pada pergelangan kaki sebelum ini.
"Setiap tahun JDT semakin baik, kami mempunyai pemain yang berkualiti dan perkara ini bagus untuk kelab dan pasukan. Seperti yang saya katakan dalam sidang media, jika mahu bersaing untuk dapatkan tempat perlu fokus dan tidak boleh leka." katanya.
Must-Watch Video