Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: JDT sedang tunggu perpindahan dibuka semula sebelum musim hadapan -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-buriram-new.jpg
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sudah siap merangka perancangan bagi musim hadapan.

JDT baru sahaja mengalami penyingkiran Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di tangan Buriram United, magis pemain kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta, memberi jaringan tunggal untuk memastikan Thunder Castle berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.


"Kami telah mengenalpasti beberapa kelemahan di dalam pasukan dan sudahpun mempunyai perancangan baharu sejak beberapa bulan yang lepas. Kami sedang menunggu jendela perpindahan dibuka semula sebelum musim hadapan," katanya menerusi X.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong JDT atas sokongan luar biasa di Stadium Sultan Ibrahim. Ia sekali lagi mencatat kehadiran tertinggi di laman sendiri. Kepada Buriram United, tahniah dan semoga berjaya di pusingan seterusnya."
 

 

Advertisement

Must Watch Video