Selepas Selangor gagal meneruskan kemaraan mereka dalam saingan ACL2, maka harapan hanya tergalas di bahu Harimau Selatan untuk memenangi berapa slot pentas Asia buat Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Sejauh mana perjalanan JDT dalam saingan ACLE, sebanyak itulah perkiraan mata yang menjadi penghitung peluang kelab Malaysia beraksi di pentas tertinggi benua ini.
Spekulasi melibatkan ada pasukan Liga-M bakal menarik diri dalam saingan musim depan rentetan isu kewangan musim ini turut bertebaran, Windsor melihat perkara itu boleh bertambah serius dan menjejaskan slot pentas Asia buat Liga-M sekiranya bilangan perlawanan dalam saingan liga merosot dengan ketara.
Justeru, sesuatu perlu dilakukan badan induk sukan negara itu.
"Tiap perlawanan yang dimenangi kelab-kelab Malaysia memberi kutipan mata kepada ranking.
Selepas Selangor terkandas di ACL2, kini hanya tinggal JDT sbg harapan tunggal kumpul pungutan mata untuk Liga-M. Sejauh mana perjalanan JDT di pentas ACLE, ia akan mempengaruhi jumlah slot asia untuk Liga-M musim depan. pic.twitter.com/diwJ0jivtW
— FinaNasrom (@fnasrom) December 12, 2024
"Buat masa ini kita belum tahu lagi kedudukan muktamad ranking.
"Kalau satu (sudah) tersingkir maka kita hanya mempunyai satu kelab sahaja iaitu JDT.
"Kita harap kutipan mata itu supaya ranking lebih tinggi. Kita juga berharap JDT terus cemerlang dalam aksi seterusnya," katanya kepada wakil Astro Arena, Fina Nasrom, hari ini.