Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: 'JDT ibarat pasukan Sepanyol'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shanghai.jpg
'JDT adalah satu pasukan menarik dalam ACLE'

Ketua jurulatih Shanghai Shenhua, Leonid Slutsky, tidak sabar bertemu tuan rumah, Johor Darul Ta'zim (JDT), untuk pertemuan kali kedua dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), esok.

Untuk rekod, juara 11 kali Liga Super itu memperoleh kemenangan 3-0 berdepan wakil China itu dalam edisi terdahulu.

Walaupun berkongsi empat mata dengan JDT dalam Kumpulan A, namun The Flower of Shanghai hadir ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dengan rekod menakjubkan iaitu tujuh perlawanan tanpa kalah, termasuk menjadi pencabar kejuaraan liga tempatan di China.

Enggan mengulas tentang strategi pasukan, Slutsky menganggap Harimau Selatan sebagai satu kelab yang wajar diberi perhatian, dan menunggu untuk mencipta kejutan besar.

"Secara jujurnya, musim ini kami agak bernasib baik kerana memiliki banyak masa untuk melakukan persiapan dan sebagainya. 

 

"Kami tidak terlalu memikirkan tentang rekod baik kami, kerana ada ketika anda jurulatih terbaik dunia, dan ada masa anda bersalah atas segalanya.

"Bagi saya, JDT adalah satu pasukan yang menarik dalam ACLE.

"Sebagai contoh, kelab Jepun atau Korea, mereka sangat kuat dan mempunyai tahap intensiti yang bagus.

"Tetapi untuk JDT, mereka juga berbeza. Mereka ibarat pasukan Sepanyol. 

"Bercakap mengenai prestasi, kami rasa kami lebih mempunyai peluang dalam ACLE berbanding pencapaian musim lalu," katanya. 
Football

50% OFF Nike Mercurial Superfly

Control lebih kemas, larian lebih laju & sepakan lebih padu setiap game.
Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video