Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: JDT di Pot 1 bersama Buriram United, Ulsan HD

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt_1.jpg
Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), diletakkan di Pot 1 rantau Asia Timur bersama pasukan gergasi dari Jepun, Thailand mahupun Korea Selatan. 

Vissel Kobe, Ulsan HD dan musuh tradisi, Buriram United, merupakan wakil tiga negara tersebut.

Tidak ketinggalan, wakil China, Shanghai Port, dan Australia, Melbourne City, juga berada dalam balang yang sama.

 

Harimau Selatan akan meneruskan cabaran dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan misi mahu mara sejauh mungkin, sekali gus memperbaharui sejarah kelab dalam peringkat tertinggi itu. 

Untuk rekod, JDT berada di tempat ketiga keseluruhan dalam kumpulan, namun tersungkur di pusingan ke-16 selepas tewas kepada Buriram United, musim lalu. 
 

Advertisement

Must Watch Video