Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT), Jordi Amat, menjelaskan pasukannya berada dalam keadaan bersedia untuk berdepan cabaran Shandong Taishan dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), di Stadium Olimpik Jinan, malam ini.
Begitupun, dia tetap optimis bakal menerima saingan sengit daripada pasukan tuan rumah dalam misi membawa pulang tiga mata untuk memperkukuhkan kedudukan dalam Kumpulan A.
Untuk rekod, skuad Harimau Selatan itu kini berada di tangga keempat dengan tujuh mata selepas empat perlawanan dengan satu kali tewas dan seri.
"Bagi kami ia akan menjadi aksi yang sukar, beraksi di tempat lawan sentiasa mencabar.
"Tetapi pasukan dalam keadaan bersedia. Pihak lawan banyak bermain dengan hantaran jauh, kami bekerja keras untuk atasi itu." katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
Saufi Tahir
Tue Nov 26 2024