Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: JDT belum berpuas hati, semuanya demi pencapaian terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afc.jpg
'JDT tidak pernah berpuas hati ...'

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul, mengetahui sikap juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim, yang tidak pernah merasa selesa dengan prestasi mereka saban musim.

Setiap pengambilan pemain baharu, perubahan pasukan mencerminkan hasrat besar kelab itu untuk melangkah jauh dalam saingan tertinggi Asia, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Jika musim lalu skuad Harimau Selatan menamatkan saingan di pusingan 16 terbaik, sasaran kali ini pastinya berbeza.

"Saya rasa JDT adalah satu pasukan yang selalu tidak berpuas hati dengan prestasi mereka sendiri.

"Mereka sentiasa ingin menggapai satu pencapaian baharu berbanding musim lalu.

 

"Perbelanjaan dan pelaburan yang dibuat seperti membawa masuk pemain baru menguatkan lagi pasukan adalah perkembangan baik.

"Mereka sentiasa mengambil serius di peringkat domestik dan Asia," katanya di Nadi Weekend.

Sementara itu, nada hampir serupa daripada Pengarah Teknikalnya, Alistair Edwards, yang tidak melihat tiga pertemuan dengan kelab Jepun, ditambah tiga aksi bertemu wakil China, dan pertembungan semula dengan juara Thailand, Buiram United, menjadi penghalang dalam laluan sukar musim ini.

Malah, siapa pun lawan yang bakal ditempuhi mereka, tiada pasukan yang boleh dianggap lemah sebaik beraksi dalam kejohanan berprestij itu.

Advertisement

Must Watch Video