Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: JDT bawa pulang RM6.2 juta!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt_1.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal membawa pulang wang ganjaran berjumlah RM6.2 juta selepas mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) secara keseluruhan.

Skuad Harimau Selatan itu mencipta empat kemenangan dan meraih RM1.7 juta bagi setiap kemenangan, -dua kali tewas dan dua seri daripada lapan perlawanan- untuk menghuni tangga keempat saingan Kumpulan A, ACLE.






Selepas Shandong Taishan mengambil keputusan untuk menarik diri, wakil dari Thailand, Buriram United, akan menjadi lawan anak buah Hector Bidoglio dalam pusingan 16 pada 4 dan 11 Mac depan.

Wakil negara itu berpotensi terus menambah 1.7 juta lagi sekiranya mara ke suku akhir dan 2.6 juta jika ke separuh akhir.

Untuk rekod, juara kejohanan berprestij di Asia itu akan membawa pulang sebanyak 44 juta.





 

Advertisement

Must Watch Video