Johor Darul Ta'zim (JDT) sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk beraksi dalam masa tambahan mahupun penentuan sepakan penalti andai aksi dengan Buriram United terus seimbang dalam perlawanan timbal balik pusingan 16 Liga Juga-Juara Asia Elit (ACLE), malam esok.
Esok akan menjadi kisah berbeza buat anak buah Hector Bidoglio yang sedia menyambut jaguh Thailand itu di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) selepas aksi pertama berakhir tanpa jaringan.
"Fokus saya ialah untuk menang dalam tempoh 90 minit.
"Saya mempunyai skuad yang sangat bagus, kami harus bersedia termasuk beraksi dalam masa tambahan dan penentuan sepakan penalti.
"Tiada masalah, kami perlu fokus tampilkan falsafah kami dan cuba memenangi perlawanan.
"Kami perlu kompak teratur dan protagnis tapi esok berbeza dengan kehadiran penyokong kami, di stadium sendiri.
"Kami mahu buktikan JDT semakin berkembang dan berhak bersaing dalam ACLE. Kami ada peluang untuk melakar sejarah.
"Kami perlu berikan tumpuan dalam setiap perincian dan elakkan sebarang masalah," katanya dalam sidang media praperlawanan sebentar tadi.
Pertahanan, Matthew Davies, pula membara untuk membawa JDT melolosi pusingan 16 buat julung kalinya dan mereka mempunyai ramuan untuk menyekat seteru tersebut.
Buriram sebuah pasukan bagus tapi dalam masa sama kami juga percaya dengan falsafah kelab.
"Esok merupakan perlawanan yang berbeza sama sekali di depan 34,000 penyokong di SSI.
"Bukan mudah untuk beraksi di tempat lawan dalam ACLE dan bukan mudah untuk membawa pulang kemenangan dari sini," katanya.