Ketua jurulatih Buriram United, Osmar Loss Vieira, berpandangan kemenangan 1-0 yang diperoleh ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak terhasil daripada aksi terbaik mereka.
Magis pemain kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta, memberi jaringan tunggal untuk memastikan Thunder Castle berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
"Saya berasakan ini bukanlah persembahan terbaik kami, perancangan kami tidak berjaya dilaksanakan dalam perlawanan ini namun strategi serangan balas kami cukup berkesan.
"Kami diberikan banyak ruang untuk melakukannya terutama sekali dalam separuh masa kedua, kerana JDT memberikan tekanan dalam serangan mereka," katanya dalam sidang media.
"Kami sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak gol, gol-gol yang mudah dalam situasi berdepan penjaga gol mereka.
"Amat penting dalam perlawanan sebegini untuk memastikan minda kami kekal tenang, berjuang sepanjang masa di atas gelanggang, membaca situasi perlawanan dengan baik."