Juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), berdepan misi penting apabila mahu mencuri mata berdepan gergasi Korea Selatan, untuk mengukuhkan lagi kedudukan dalam Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bagi meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati.
Perlawanan berdepan Pohang Steelers menjadi penentu skuad Hector Bidoglio di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam ini.
Di sebalik aksi tumpuan itu, persiapan lawan kian terjejas ekoran diganggu oleh balingan mercun di sekitar hotel penginapan di Johor Bahru.
Menurut sumber media antarabangsa Korea, sekitar jam 11.00 malam mercun dinyalakan mengakibatkan tempoh rehat anak buah Park Tae-ho terjejas.
Pihak pengurusan Pohang Steelers meminta polis untuk melakukan siasatan atas individu-individu yang tidak bertanggungjawab itu.
Dilaporkan, mereka juga telah menghantar aduan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi menyiasat tingkah laku tersebut.

Ahead of their away match against Johor Darul Tazim, the Pohang Steelers squad staying in Malaysia was disturbed as individuals believed to be Johor fans set off fireworks outside their hotel from 11 p.m. to 3 a.m. (Sportal Korea) pic.twitter.com/ghpYENiXwI
— Korea Football News (@KORFootballNews) February 18, 2025