Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Buriram sudah kenal pasti kelemahan JDT sebelum aksi di SSI

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

osmar-loss-2.jpg
Ketua jurulatih Buriram United, Osmar Loss Vieira, mendedahkan mereka telah mengenal pasti kelemahan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum melakar kemenangan 1-0 dalam aksi kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Magis pemain kebangsaan Thailand, Suphanat Mueanta, memberi jaringan tunggal untuk memastikan Thunder Castle berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.



Osmar menjelaskan mereka telah mengkaji permainan JDT dan menemui kelemahan untuk mencari ruang untuk mengatasi juara Liga Super itu.

"Kadang-kala anda sudah merancang tetapi kami perlu menyesuaikan diri dengan situasi ketika perlawanan sedang berlangsung dan pemain-pemain melakukannya dengan cukup sempurna.  

"Ya kami bolos banyak ketika bertemu Yokohama F. Marinos dan Kawasaki Frontale, namun Buriram turut mencipta perlawanan yang tidak dibolosi. 

"Minggu ini kami telah membuat penilaian terhadap kelemahan JDT. 

"Mereka banyak membuka ruang ketika melakukan serangan di bahagian sayap kerana pemain sayap belakang mereka turut hadir membantu pasukan melakukan serangan."
 

Advertisement

Must Watch Video