Ketua jurulatih Pohang Steelers, Park Tae-ha, tidak mahu menjadikan gangguan bunga api sebagai alasan utama skuad kendaliannya itu menjadi mangsa belasahan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Sebaliknya, dia turut akur dengan kesilapan individu yang menjadi faktor pasukannya ditewaskan 2-5 walaupun terlebih dahulu mendahului Harimau Selatan pada minit ke-27 sebelum bolos dengan lima jaringan.
Sebelum ini, tular terdapatnya gangguan bunga api yang diletupkan berhampiran hotel penginapan pasukan dari jam 11 malam sehingga 5 pagi.
"Saya ingin menyatakan kami ada menerima gangguan bunga api di hotel tempat kami menginap sepanjang malam tetapi itu bukan punca utama kami tewas.
"Saya berasakan kami mempunyai masalah pada kesilapan-kesilapan yang dilakukan secara individu dan itu menjadi punca kami tewas sehingga kami tidak dapat menyaingi JDT." katanya kepada SNE Sports.
Pohang tersingkir daripada kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila menamatkan kedudukan peringkat Kumpulan A di tempat kesembilan dengan sembilan mata daripada lapan perlawanan.

✨ ????????? ✨
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) February 18, 2025
?? The road to glory continues!
Johor Darul Ta'zim roar into the Round of 16—one step closer to the ultimate prize! #ACLElite pic.twitter.com/zLMIlXqHJC
"Saya ingin menyatakan kami ada menerima gangguan bunga api di hotel tempat kami menginap sepanjang malam tetapi itu bukan punca utama kami tewas.
"Saya berasakan kami mempunyai masalah pada kesilapan-kesilapan yang dilakukan secara individu dan itu menjadi punca kami tewas sehingga kami tidak dapat menyaingi JDT." katanya kepada SNE Sports.
?? | ?? Johor Darul Ta'zim 5️⃣-2️⃣ Pohang Steelers ??
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) February 18, 2025
Five-star performance. Five goals. JDT are through to the Round of 16 in style!#ACLElite | #JDTvPOH pic.twitter.com/dGAqRLbaKK