ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
November 12, 2024 14:39 MYT
Pemain sayap Johor Darul Ta'zim, Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Merujuk kepada data semasa yang dikemaskini menerusi laman web Liga Juara-Juara Asia itu, Arif Aiman berada di tempat pertama dengan 10 percubaan tepat selepas mengharungi 4 perlawanan.
Manakala bagi Daiju Sasaki (Vissel Kobe) & Salem Al Dawsari (Al-Hilal) di tempat kedua dengan jumlah 8 percubaan tepat dan Cristiano Ronaldo di kedudukan keempat dengan 7 percubaan tepat.
Menerusi 10 percubaan tepat yang dihasilkan, Arif Aiman berjaya menjaringkan 4 gol setakat ini dan menyaksikan beliau berkongsi kedudukan penjaring gol kedua terbanyak bersama-sama Anderson Lopes (Yokohama F. Marinos, 4 gol) dan Mitrovic (Al-Hilal, 4 gol). Penjaring terbanyak kekal menjadi milik Jasir Asani yang bermain untuk Gwangju FC dengan 6 gol.
Arif Aiman menjaringkan 2 gol ketika menentang Shanghai Port, 1 gol menentang Shanghai Shenhua, dan 1 gol ketika menewaskan Ulsan HD baru-baru ini.