Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-aiman-ronaldo.jpg
Penyerang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.

Pemain berusia 22 tahun itu hanya memerlukan satu gol lagi bagi menyamai jumlah jaringan yang dimiliki penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo, yang telah mengumpul enam gol.

Dalam pada itu, pemain Gwangju, Jasir Asani, kini mendahului senarai penjaring dengan tujuh gol diikuti Salem Al-Dawsari (Al-Hilal) dengan enam gol berkongsi jaringan bersama penyerang Yokohama F. Marinos, Anderson Lopes.



 

Info tambahan:

Riyad Mahrez - 5 gol
Aleksandar Mitrovic - 5 gol
Ivan Toney - 5 gol
Matias Vargas - 5 gol

Advertisement

Must Watch Video