Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Alvaro Gonzalez muncul sebagai kesebelasan terbaik pusingan ketujuh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

alvaro-gonzalez.jpg
Aksi sulung Alvaro Gonzalez yang mengangkat dirinya selaku wira Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bertemu Central Coast Mariners membenarkan dirinya tersenarai dalam Kesebelasan terbaik pusingan ketujuh.



Gonzalez membantu JDT menewaskan Central Coast Mariners 2-1 dalam aksi kedua terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Alvaro memecahkan kebuntuan itu pada minit ke-64 sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 selepas Alou Kuol menyamakan kedudukan buat Central Coast.

Advertisement

Must Watch Video