ACLE
ACLE: 20 keping tiket JDT-Pohang Steelers untuk dimenangi! Misi Harimau Selatan ke peringkat kalah mati



Juara 10 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam landasan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila sedang menduduki tempat kelima Kumpulan A kini.
Untuk makluman, pasukan lapan terbaik setiap kumpulan berpeluang ke peringkat seterusnya kejohanan tertinggi Asia itu.
Untuk mengukuhkan lagi kedudukan, JDT perlu memenangi perlawanan bertemu wakil Korea Selatan, Pohang Steelers, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Selasa ini.
Sokongan padu peminat sudah pasti ditagih untuk mengiringi semangat wakil Malaysia dalam pertandingan tersebut, sekali gus meningkatkan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Untuk rekod, dalam dua pertemuan terakhir bertemu Pohang Steelers, skuad Harimau Selatan telah tewas dalam saingan tersebut pada musim 2021.
Sudah tentu, anak buah Hector Bidoglio mahu membalas dendam atas kekalahan tersebut demi memastikan matlamat utama tercapai dalam ACLE.