Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, menganggap pertemuan di rantau Asia banyak menyelamatkan tempoh perjalanan pasukan selain mengelak daripada berdepan kepenatan pemain.
Ramai yang merujuk undian Kumpulan G dalam Liga Juara-Juara Asia adalah saingan yang mudah, namun pengendali kelahiran Jepun itu enggan terlalu cepat menilai kekuatan kelab lain yang sudah pastinya memiliki kredibiliti tersendiri sebagai wakil liga negara masing masing.
Bangkok United hadir selaku naib juara liga Thailand, sementara Lion City Sailors dan Persib Bandung merupakan juara liga masing-masing.
"Ketiga-tiga kelab mempunyai sejarah tersendiri dan sangat bagus.
"Kami mesti memiliki skuad yang terbaik dalam ACL2.
"Tidak kisah siapakah lawan kami, kerana yang paling penting siapa kami," katanya di Nadi Weekend.
Musim lalu, Kinoshi tidak berkesempatan untuk membuat perancangan lebih baik bersama Gergasi Merah kerana hanya bersama pasukan di pertengahan musim.
Namun kali ini berbeza!
Apa yang mahu dilakukan bekas pembantu jurulatih Serbia itu merencana persiapan pasukan yang benar-benar bersedia dengan Lion City Sailors dilihat mempunyai informasi berkenaan Selangor menerusi bekas kaptennya, Safuwan Baharudin.
"Selain perlu memenangi semua perlawanan, kami juga mahu layak ke peringkat kalah mati," tambahnya.

— Selangor FC (@selangorfc) August 15, 2025