ACL2: Tidak kira siapa jurulatih, Alvin Fortes fokus pacu kejayaan Selangor

Saufi Tahir
November 27, 2024 19:16 MYT
Penyerang berbisa Selangor, Alvin Fortes, berkongsikan seluruh pasukan berasa teruja dengan kehadiran Katsuhito Kinoshi dan misi utamanya adalah untuk membawa kejayaan kepada The Red Giants.
Dia turut ingin memanfaatkan sepenuhnya beraksi di laman sendiri untuk meraih tiga mata penuh sekali gus menempah slot lebih awal ke pusingan seterusnya.
Skuad Merah Kuning itu kini menduduki tangga kedua dengan tujuh mata selepas empat perlawanan.

? Sesi latihan rasmi skuad #GergasiMerah di Stadium MBPJ sebelum beraksi dalam perlawanan HOME terakhir peringkat kumpulan #ACLTwo menentang Muangthong United FC jam 8 malam esok. ?️ Dapatkan tiket #SFCMTU melalui pautan di bio kami atau di https://t.co/zFsVXGNNhI sekarang ? -… pic.twitter.com/2E6wQ0rHxp

— Selangor FC (@selangorfc) November 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya rasa esok aksi yang sukar tetapi dengan kualiti yang ada pada pasukan, ia akan menjadi perlawanan yang menarik dalam mencari tiga mata. kami mahu berjuang dan raih tiga mata penuh.
"Semua orang teruja dan punyai kualiti tersendiri, biarkan jurulatih buat keputusan. Tidak kira siapa jurulatih, cuma berikan yang terbaik dan bantu Selangor lebih maju.
"Saya rasa Liga Thailand lebih taktikal dan fizikal. Di sini pemain import punyai lebih kualiti." katanya dalam sidang media hari ini.
#Selangor #ACL2 #Alvin Fortes
;