Dia turut ingin memanfaatkan sepenuhnya beraksi di laman sendiri untuk meraih tiga mata penuh sekali gus menempah slot lebih awal ke pusingan seterusnya.
Skuad Merah Kuning itu kini menduduki tangga kedua dengan tujuh mata selepas empat perlawanan.
? Sesi latihan rasmi skuad #GergasiMerah di Stadium MBPJ sebelum beraksi dalam perlawanan HOME terakhir peringkat kumpulan #ACLTwo menentang Muangthong United FC jam 8 malam esok.
— Selangor FC (@selangorfc) November 27, 2024
?️ Dapatkan tiket #SFCMTU melalui pautan di bio kami atau di https://t.co/zFsVXGNNhI sekarang ? -… pic.twitter.com/2E6wQ0rHxp
"Saya rasa esok aksi yang sukar tetapi dengan kualiti yang ada pada pasukan, ia akan menjadi perlawanan yang menarik dalam mencari tiga mata. kami mahu berjuang dan raih tiga mata penuh.
"Semua orang teruja dan punyai kualiti tersendiri, biarkan jurulatih buat keputusan. Tidak kira siapa jurulatih, cuma berikan yang terbaik dan bantu Selangor lebih maju.
"Saya rasa Liga Thailand lebih taktikal dan fizikal. Di sini pemain import punyai lebih kualiti." katanya dalam sidang media hari ini.