Selangor terpaksa akur apabila tewas kali ketiga berturut-turut dalam kempen peringkat Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas tumbang berdepan Persib Bandung 0-2 sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan bergelut dalam awal permainan sebelum gol pasukan tuan rumah hadir menerusi gerakan balas yang disempurnakan Adam Alis pada minit ke-29 untuk jaringan pembukaan sekali gus meletakkan Persib Bandung mendahului 1-0.
Aksi babak pertama di di Stadium Gelora Bandung Lautan Api itu kekal tanpa sebaran tambahan jaringan daripada kedua-dua pasukan untuk Persib mendahului 1-0.
Masuk babak kedua menyaksikan anak buah Christophe Gamel terus tertekan apabila kekasaran Harith Haikal menyebabkan Persib diberikan sepakan penalti dan mudah dinoktahkan Andrew Jung untuk skuad Pangeran Biru itu selesa mendahului 2-0.
Kemenangan itu menyaksikan anak buah Bojan Hodak mencipta kemenangan kedua untuk mengungguli Kumpulan G dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan.
Terdahulu, Selangor tewas dalam dua aksi pertama kepada Bangkok United (Thailand) termasuk Lion City Sailors (Singapura).
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang