Selangor berlapang dada dan teruja untuk turun beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), walaupun diundi dalam kumpulan yang turut disertai kelab bereputasi besar.

Menurut ketua jurulatihnya, Nidzam Jamil, ia merupakan peluang terbaik untuk anak buahnya mendapat pendedahan peringkat Asia dan medan mempamerkan kemampuan mereka.

Kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai, bagi Nidzam mungkin akan menjadi pasukan paling sukar untuk diatasi.

"Saya menghormati setiap pasukan tetapi secara peribadi, saya fikir Jeonbuk akan menjadi halangan terbesar kami," katanya seperti yang dilaporkan Astro Arena.

"Apapun, Muangthong juga memiliki kelebihan dan Cebu juga memiliki profil yang bagus.

"Jadi, kami tidak sabar untuk bersaing dalam kejohanan ini," katanya.

Dalam majlis undian semalam, Selangor diundi dalam Kumpulan H bagi Zon Timur bersama Jeonbuk Hyundai, Muangthong United dari Thailand dan Dynamic Herb Bebu dari Filipina .