Stadium Memorial Rizal di Manila bakal menyajikan aksi kelab negara Malaysia, Selangor bertemu Cebu dalam cabaran ACL2.
Melewati dua perlawanan yang berkesudahan dengan kekalahan 2-1 ketika bertemu Muangthong United dalam aksi ACL2 sebelum tersingkir daripada Piala Malaysia apabila tewas kepada Sri Pahang.
Kembali bersaing di pentas Asia, Selangor mahu mencari jalan untuk kembali menemui rentak kemenangan.
? Sesi sidang media pra-perlawanan Kumpulan H kejohanan Liga Juara-Juara Asia 2 (#ACLTwo) antara Dynamic Herb Cebu FC menentang Selangor FC yang dihadiri oleh Ketua Jurulatih #SFC, Katsuhito Kinoshi dan ketua pasukan, Safuwan Baharudin di Stadium Rizal Memorial petang tadi. ❤️?… pic.twitter.com/RT76xsBVoh
— Selangor FC (@selangorfc) December 4, 2024
Menerusi sidang media pra perlawanan, Katsuhito berkata, "Setiap perlawanan adalah penting. Bukan hanya perlawanan esok namun perlawanan akan datang.
"Pertama sekali kami perlu menunjukkan bola sepak Selangor dan sudah pasti keputusan akan menyusul.
"Kami perlu mengekalkan corak permainan kami untuk perlawanan seterusnya.
"Selangor telah melewati jadual yang padat dan berdepan pasukan yang cukup berkualiti. Kami perlu menyesuaikan situasi ini dan kami sebagai satu pasukan perlu mendapatkan jalan penyelesaian sebagai satu pasukan."
Kapten pasukan, Safuwan Baharudin, turut senada dengan jurulatih dengan menyatakan setiap pemain menyedari kepentingan yang perlu dicapai pasukan.
"Kami telah melewati dua perlawanan penting sebelum ini sebelum bertemu Cebu. Kami akan cuba mendapatkan kemenangan.
"Semua permukaan padang adalah sama. Kami memiliki banyak pengalaman beraksi dalam pelbagai permukaan dan ia bukanlah satu alasan.
"Perlawanan esok adalah penting bagi kami untuk mendapatkan kemenangan. Itulah perkara paling penting ketika ini dan semua pemain mengetahui apa yang perlu dicapai."
Saksikan perlawanan ini secara langsung Astro Arena Bola saluran 803 bermula dengan prarancangan pada jam 5.30 petang esok.
Anda juga boleh tonton secara live stream di Astro GO.