Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, mengintai mata penuh ketika membuka kempen Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) berdepan Bangkok United, petang esok.
Stadium MBPJ bakal menjadi medan buat anak buahnya mempamerkan falsafah bola sepak sambil menuntut kesemuanya agar sentiasa bersedia diturunkan, termasuk di bangku simpanan meskipun diberikan satu minit permainan sahaja.
"Sebagai pemain profesional, pemain harus berikan 100 peratus dan bersedia untuk detik ini.
"Semua pemain memahami kehendak ini.
"Pemain muda dan penjaga gol kesemuanya diberikan peluang dalam aksi kompetitif," katanya dalam sidang media praperlawanan.
Dalam masa sama, pengendali dari Jepun itu menuntut Gergasi Merah supaya fokus dalam memperagakan kualiti sendiri daripada terlalu memikirkan seteru dari Thailand itu.
Malah, keputusan mengikat satu lagi gergasi Gajah Perang, Buriram United, 1-1 dalam kancah Shopee Cup bulan lalu juga menjadi pemangkin kepada pemburuan tiga mata.
"Kami mahu menikmati sebanyak mungkin perlawanan di peringkat Asia.
"Bangkok United adalah pasukan yang bagus dan mempunyai keseimbangan menerusi pemain import mereka dari Serbia, dua pemain Brazil dan Jepun.
"Kemenangan ke atas Chonburi (minggu lalu) membuktikan mentaliti kemenangan dimiliki mereka.
"Kami pernah berdepan Buriram dalam Shopee Cup jadi kami cuma perlu fokus kepada corak permainan sendiri.
"Tanpa mengira siapa pun lawan kami, apa yang penting kami perlu pamerkan (DNA) bola sepak kami.
"Bulan ini kami akan mengharungi tujuh perlawanan, sebagaimana Liverpool dan Manchester City.
"Setiap perlawanan adalah penting jadi kami cuma perlu fokus kepada perlawanan seterusnya," katanya lagi.
Kinoshi juga percaya mereka harus menyesuaikan diri dengan cuaca panas di sebelah petang di Lembah Klang kebelakangan ini tetapi menegaskan kedua-dua pasukan akan berdepan situasi yang sama.
"Saya tidak bimbang dengan sepak mula pukul 6 petang.
"Dengan permukaan padang seperti ini, tiada perlu khuatir dengan kualitinya.
"Kami tidak perlu fikir kepada kelebihan di tempat sendiri kerana ia juga boleh memakan diri," katanya.
Pertahanan warisan Thailand, Kevin Deeromram, turut melaungkan sentimen keyakinan dengan berkata: "Kalau kami mampu seri dengan Buriram di tempat lawan maka kami juga mampu menang di tempat sendiri.
"Saya mengenali beberapa pemain Bangkok United, namun di atas gelanggang kami akan berseteru.
"Tiada sebarang kelainan untuk berjumpa kelab dari Thailand mahupun mana-mana pasukan."