Stadium Astro logo
ACL2

ACL2: Pengurusan Selangor perlu elak kesilapan sama musim depan -- Pakar

article-author-avatar
Muzaffar Musa 10/03/2025 | 13:12 MYT
Article ribbon ACL2: Pengurusan Selangor perlu elak kesilapan sama musim depan -- Pakar
Selangor sah bergelar naib juara Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim 7-0 di Stadium Petaling Jaya semalam.
Berdasarkan kejayaan itu, The Red Giants berkemungkinan besar akan meraih slot kelayakan ke saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan.
Bekas pemain negara, Asmawi Bakiri, berpandangan kelayakan kali kedua berturut-turut itu menyaksikan Selangor perlu memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan yang amat merugikan sehingga terkandas di peringkat kumpulan musim ini.
Sebagai contoh, perubahan tampuk kejurulatihan ketika Selangor berada dalam fasa getir berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan, merupakan tindakan yang memberikan impak buruk kepada pasukan.
"Ia mungkin menjadi salah satu punca kerana kegagalan pengurusan Selangor yang tidak menyusun perancangan sewaktu kejohanan masih berlangsung," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Kerana kita dapat lihat daripada segi perjalanan mereka dalam ACL2 tempoh hari, pertukaran jurulatih dengan kemasukan jurulatih baru, kemudian penyusunan jadual pemain yang tidak begitu tersusun menyebabkan sedikit gangguan.
"Biarpun ia bukan daripada segi corak permainan, ia membawa kepada sesuatu yang tidak sihat daripada segi perancangan dalam tempoh kejohanan tersebut."
#bola sepak #Asmawi Bakiri #Selangor #Liga Juara-Juara Asia #ACL2