Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Menang Piala AFC bersama JDT, Hariss Harun ulangi pencapaian peribadi ketuai kelab Singapura layak ke final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

acl2.jpg
Perjalanan karier yang cukup menakjubkan buat pemain kebangsaan Singapura, Hariss Harun, sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional.

Sudah pasti peminat Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak akan melupakan detik pasukan itu merangkul juara Piala AFC pada 2015 buat kali pertama selepas mengharungi kempen penuh cemerlang.

Ketika itu, Hariss Harun turut berada dalam skuad yang ketika itu ditunjangi oleh bekas jurulatih Kuala Lumpur City, Bojan Hodak.

Dan kali ini, Hariss Harun turut menempa sejarah baru apabila berada dalam kesebelasan utama Lion City Sailors menundukkan wakil Australia, Sydney, menerusi keputusan agregat 2-1 untuk layak ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) buat kali pertama dalam sejarah kelab Singapura. 

 

Pengalaman yang dimiliki dalam antara pentas tertinggi Asia menjadikan Hariss Harun sebagai watak utama membantu pasukan yang diwakilinya ketika ini.  

Adakah Hariss Harus berhasil mengulangi pencapain untuk merangkul gelaran Asia seterusnya bersama Lion City Sailors seperti yang dilakukannya bersama JDT sebelum ini?

Sama-sama kita saksikan dan selamat maju jaya Hariss Harun!

Advertisement

Must Watch Video